Friday, June 24, 2011

TV AL-HIJRAH @ ASTRO 114

Rindunya....aduhai, setelah ditinggalkan...
Kini aku dah balik!!!whoaaa..hehee..im back ! this is best bro....


Step out of it,aduhai...teringat nabil dalam maharajalawak. Walaubagaimana pun tahniah
diucapkan kepada juara rancangan
realiti Tv Maharajalawak iaitu Sepah.
Seperti kata Saiful apek: habis madu, sepah xhabis-habis...good luck untuk korang dimasa akan datang k.

Now the main point kat sini aku nak share something yang agak baru...
maybe sempena harijadi aku pada 1 JUN 2011 yang lepas atau maybe aku yang perasan lebih kot, hahaa...atau mungkin juga kebetulan...Kita boleh menikmati program yang berunsur keislaman di Astro. YES!!! yang berunsur KEISLAMAN. Dulu orang sibuk dok cakap bahawa rancangan2 kat Astro ni semata-mata hanya hiburan,rancangan yang amat-amat padat dengan ciri-ciri orang barat. Namun begitu,yeahhh...keperihatinan segelintir kumpulan datang dengan idea melancarkan satu slot di Channel 114 Astro.


TV AL-HIJRAH.


1 Jun 2011 –TV AlHijrah mula bersiaran di saluran 114 Astro hari ini, sekali gus melengkapkan statusnya sebagai stesen televisyen nasional yang siarannya boleh diterima di seluruh negara melalui platform satelit. Berita itu dimaklumkan melalui facebook rasmi TV al-Hijrah yang sudah disertai oleh lebih 16 ribu pengguna facebook. Menurut maklumat itu lagi, walaupun TV al-Hijrah sudah bersiaran di Astro, mereka masih lagi merupakan stesen tv percuma dan sentiasa berusaha untuk meluaskan transmisi.

Apa yang lebih menarik, siaran hujung minggu iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, akan bermula pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Selain peningkatan waktu siaran, sepanjang Jun ini, TV AlHijrah menawarkan pelbagai pakej program baru bagi melengkapkan lagi kempen Wajah-Wajah Islam sempena kehadiran saluran TV tersebut di Astro.

Untuk memastikan penonton dapat menikmati semua bentuk program televisyen melalui pendekatan Islam, TV AlHijrah menggunakan pendekatan pengisian menerusi kempen berkenaan.

Program paling menarik ialah Madrasah AlHijrah, berdurasi selama dua jam pada hujung minggu ini yang mana, ia akan membawa kelas pengajian ilmu ke versi televisyen.

Madrasah AlHijrah adalah usaha stesen ini untuk menjadikan budaya pengajian ilmu berasaskan kitab yang selama ini dikenali sebagai kelas pengajian di surau atau masjid, atau dianggap sebagai pengajian pondok dalam definisi tradisonal, dapat dinikmati di televisyen.

Empat ilmu utama Islam iaitu akhlak, akidah, syariah dan al-Quran melalui pengajian kitab yang dikendali ustaz-ustaz pilihan, akan membantu penonton mendalami ilmu agama melalui televisyen. Usaha ini bagi meningkatkan lagi penguasaan asas agama di kalangan umat Islam.

Bagi peminat program hiburan pula, Studio Muallaf & Friends (SMF) pastinya menjadi daya penarik.

Program hiburan bual bicara yang berkonsepkan drama studio ini akan menampilkan enam penghibur mualaf yang menjadikan aktiviti seni dan hiburan sebagai alat untuk berdakwah.

Dengan elemen Sejuta Wajah Satu Akidah, berdasarkan enam hos pelbagai keturunan, SMF berlatarbelakangkan Cina, India, Baba Nyonya, Kadazan dan Dusun ini, program berdurasi sejam ini akan melengkapkan Wajah-Wajah Islam yang menjadi tema utama Jun ini.

Tidak cukup dengan elemen pelbagai wajah itu, TV AlHijrah turut melangkau batas serantau dengan menyiarkan drama Kitab Cinta yang menyatukan pelakon Malaysia dan Indonesia dengan latar penceritaan serantau.

Drama 13 episod ini berlatarbelakangkan kehidupan pasca tragedi tsunami di Aceh, Indonesia.

Keseluruhannya, TV AlHijrah memberikan satu pilihan kepada penonton yang mencari program-program yang dapat membina akal setelah sekian banyak program hiburan dalam dan luar negara.

Pengaruh televisyen sebagai pengatur menu sosial masyarakat di dunia termasuk negara ini tidak boleh dinafikan lagi. Dalam konteks tempatan, stesen TV AlHijrah menjadi pemain baru dengan menawarkan sajian-sajian yang boleh mempertajamkan kesejahteraan akal tanpa menolak tuntutan komersialisme.


No comments:

Post a Comment