Tuesday, June 28, 2011

Majlis Silaturrahim Kursus KOMANDO Siri AK/1/2011

24 Jun 2011 , Jumaat - Best giler xde klas hari ni. So, dapat rehat secukupnya. Aduhh..tapi petang nya plak kena kerja. Seperti biasalah, pada kebiasaanya bila xda klas or ada mase free jer mesti aku balik rumah. Sempat sebelum nak masuk kerja. hee..Selalunya masuk kerja pukul 7, tapi hari ni kena masuk awal, pkul 5 ptg. Fuhh..nasib baik sempat kott. Sampai2 jer akem bgtau yang ktorg kena g ikot katering kat luar. Ade tempahan luar dari Sungai Udang, Melaka, kata akem. Mula berfikir kat kepala "Sungai Udang"?? hurmm..kat mane plak?Function ape? Kalu kat sane ade kem tentera tu jer lah. Ishh..xkan la kena masuk kat dalam kem plak?aduhh...dengan hati yang terbuka aku redha jer. Bunyi macam best.Hehee..^^, Dapat jumpa abg2 gimau tuh,muahahaa...

Before ktorg bertolak menuju ke destinasi iaitu kem Gerak Khas Sungai Udang,Melaka, ktorg kena pindahkan smua barang2 untuk katering, makanan yang telah dimasak serta peralatan yang diperlukan ke dalam lori. Bukan lori yang bawa kayu ke ape tu tau =p
then barulah ktorg bertolak. Sampai jer kat sana,kelihatan abg2 askar tu sibuk prepare tempat n setting PA system. Bahagian ktorg plak hidangkan makanan n minuman ke atas meja yang disediakan. Kira2 ada 10 buah meja. Satu meja khas untuk para pegawai tertinggi di kem tersebut. Aku dan akem ditugaskan untuk membantu kak ina menghidang dan menghias makanan pada malam tu. Dengan tunjuk ajar kak ina, kerja tu dengan mudah kami lakukan.Cehh..bangga kott..^^,

kak ina

haa..ni lah hasil kerja tangan aku...^^,

Hidang punye hidang semua makanan tuh semua, tgok jam dah pkul 9...ishh..bila nak start bagi diorg makan nih?adoiyaii...lambat hidang,lambat la balik.Hurmm...Then, after 15 minit lepas uh baru la leh hidangkan. Banyak jgak makan yang diorg smua nih makan. Memang mewah giler lah kot.
makanan yang dihidangkan menggunakan 'dome'

Lepas jer ktorg hidangkan kat meja, abg2 askar n pegawai2 diorg makan dengan tertibnya sambil menonton slide yang disediakan mengenai aktiviti diorang semasa kursus KOMANDO tersebut. Baru lah ktorg leh rehat2 sekejap. Fuhh...

Grup Gerak Khas adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.

Rejimen Gerak Khas

Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.


LATIHAN

Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.

Habis jer majlis,ktorg kemas2 smua sampah dan sisa makanan yang lebih. Seperti yang dijangka ktorg balik lewat, kira2 pkul 1 lebih barulah sampai ke Restoran Klasik Trapung dan kemudian kami pulang ke hostel.Letih, namun satu pengalaman yang amat best ^^,

Monday, June 27, 2011

Men’s Night @ Pizza Hut Giant Supermarket Melaka

21 Jun 2011 - Giant Supermarket, Jalan BU 4, Taman Bachang Utama 75250 Melaka. Entri kali ni nak story pasal aktiviti sihat dimasa lapang kitaorang. Yup,aktiviti sihat. So, jika tiada angin masakan pokok bergoyang iyer tak? jika tak ada pencetus idea sihat nih so tiadalah penyokong nye...hee...seperti biasa lah, si pencetus idea, iaitu Ahmad~ kau selalu dihatiku, muahahaa...atau nama penuh nya Ahmad Al-Hakim Bin Shamsudin,akem - dia ni la yang mencetuskan idea ni. But, kalu tiada yang ingin belanja pon tak jalan jgak aktiviti sihat pada hari tersebut. So, orang yang bertanggungjawab dalam ini cerita sebenarnya D'Zul. Haa..mulalah timbul tanda soal yang banyak kat atas kepala korang tu, kan? D'Zul ni bukan sebaya kitaorang. Dia sudah bekerja. Mahir dalam bidang andaman, mereka pelamin, senang cerita nya dia ni seorang wedding planner.

syed & me
Haa..mesti korang lagi pelik kan. Macam mana plak group student macam ktorang ni leh jumpa, hangout dengan D'Zul? Ok, to make it simple and clear, kami bertiga iaitu: me, myself, akem, dan juga Syed bekerja separuh masa di sebuah restorant masakan melayu iaitu Restoran Klasik Terapung .Restoran ni sebenarnya terkenal dengan masakan orang kelantan, so, sape-sape yang ingin menikmati masakan kelantan sila lah datang ke restoran ni. Harga nya berpatutan, plus makanan kat sini semuanya dimasak oleh tukang masak yang berpengalaman. Mana tau masa korang datang uh terserempak dengan pemilik blog ni kan. Adoii..hee...Haa, lupa nak mention, memang berpuas hati jugak la korang datang coz view kat sini bila malam memang nice and suasana yang dijanjikan terbaik kat korang yang berkunjung. Restoran nih dibina dengan seni binaan yang amat klasik dan ianya berada betul-betul di atas kolam ikan yang amat cantik. So, you won't regret after you came and visit this restorant.
Fuhh..letih cerita,ehemm..promote secara percuma kat blog nih. So, korang dah kenal siapa itu D'Zul tu kan. Berbalik pada story kali ni, after ktorang selesai menunaikan perkara2 wajib, barulah kitorang bergerak ke destinasi yang ingin dituju kira-kira selepas maghrib kot. Next station, is Pizza Hut Giant Supermarket Melaka. Thnks to our driver that is Syed sebagai ktorang punye pemandu. Hehee.. ^^,
ni lah D'Zul
After makan kitorang lepak kat situ borak-borak macam biasa. Ada jer benda yang nak dibahankan plus gosip lagi tuh. Ishhh...hahaa...then ktorang pun balik. D'Zul stay kat dalam restorant klasik terapung.Best kan kerja kat situ sebab pekerjanya disediakan tempat tinggal.Hahaa...Hurmm..malam tu ktorang memang enjoy kluar sama-sama. Next time, D'Zul blanja lagi hockkey...^^, TQ

Saturday, June 25, 2011

Kak Long sudah menjadi Isteri kepada Suaminya

4 Jun 2011 - Durian Tunggal, Melaka. Majlis perkahwinan anak perempuan En.Mahmud Bin Jamis berlangsung dengan jayanya setelah ahli keluarga kedua belah pihak sibuk menyediakan segalanya yang diperlukan sejak awal bulan pada tahun 2011 ini. Untunglah emak hebat dalam bidang persiapan selain daripada dibantu oleh kami adik beradik serta sanak saudara. Segalanya dilakukan dengan teratur dan sistematik. Majlis sebesar ini pertama kalinya berlangsung memandangkan Kak Long ku yang pertama sudah menamatkan zaman bujangnya.



Kak Long seorang yang bersifat tenang, tidak banyak sifatnya itu tidak disenangi oleh kami kerana dia merupakan kakak sulong kepada kami lima beradik. Teringat sewaktu zaman dibangku sekolah rendah aku amatlah kasar. I mean kasar dalam diam. Ada sahaja benda mahu dibuat. Langsung tak lekat kat dalam rumah. Aku suka sangat bermain api time-time tu. Macam-macam lagi lah. Tapi apa yang hendak aku ceritakan kat sini, Kak Long ada masa-masa nya amatlah "bengkeng". Haa...dan masa Kak Long sedang bengkeng uh jangan la nak test. Bahaya kot. ^^,


Tapi sebengkeng-bengkeng kaum hawa ni kan, sebenarnye tidaklah serius sangat. Kak Long aku suka menangis depan TV. Haa...jangan pelik plak. Tak kira la, kadang-kadang aku perasan Kak Long menangis menonton drama melayu, filem hindustan janji cerita uh sedih. Huhuuu...kita orang adik beradik suka usik-usik Kak Long masa die tengah feeling-feeling uh. ^^,


Paling seronok bila dengan Kak Long masa bila?
haa..paling seronoknye adalah, time duduk-duduk masa hujung minggu lepas balik dari kelas tuisyen dapat bermanja dengan Kak Long. Hee..bermanja kott aku dengan Kak Long aku. Yang best nye sebab dapat main-main dengan rambut Kak Long yang agak pnjang uh. Tambah-tambah bila ada sekali adik perempuan aku tuh. Dulu aku sangat suka ketawa. Kadang-kadang benda tuh tidak lah selawak mane pun but aku boleh gelak seharian. Haha...
imissthatmoment...hurmm..


Now semua dah meningkat dewasa. Bila dah besar-besar ni,masing-masing dah buat haluan sendiri jer. Mana boleh nak manja-manja macam zaman dulu. Tapi aku still nak manja-manja. Boleh???huu..sedihnya...hurmm, tak ape...Kak Long boleh bermanja-manja pulak dengan suami dia. Kesian kat aku. Kan kan...


Selamat Mendirikan Rumah Tangga buat Kak Long. Layarilah bahtera rumahtangga Kak Long bersama suami dengan bahagia sehingga ke akhir hayat Kak Long. Inshaallah...

Friday, June 24, 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Awak - muhdkhairul

“Time might be a excellent healer, but it really is a lousy beautician.”

It takes a long time to grow young.

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

wait a minute . . .

sebetol nye tadi kita bercerita mengenai hari lahir kan? kan kan...???adehh...OK.
BACK TO THE TOPIC ... hehee...
So, pada 1 JUN 2011 yang lepas genap lah sudah usiaku yang berusia 21 tahun. Tidak sangka masa yang berjalan begitu pantas meninggalkan aku dalam kelekaan. But, tidak lah 100% didalam kelekaan,ade part yang sememangnya aku akui bahawasanya diri ini amatlah leka.

Berharap sangat dapat ubah part tu kan.
Ape lah aku ni, kita mane boleh ubah apa yang telah ditakdirkan oleh Nya. Kita hanya boleh berusaha kearah yang kita inginkan. Selebihnya kita tawakkal jer.

Apa yang terjadi,pasti nya akan tetap terjadi :
"kun fa ya kun" jadilah,maka jadilah ia...

************


ini adalah jam tangan ^^,
lol...budak-budak pun tahu bahawa ini adalah jam tangan.
Hehehee...
Dia beri jam tangan ini. Whoaa..!
Dia semestinya seorang yang istimewa kerana menghadiakan aku
sesuatu yang istimewa seperti ini...i guess, wait-wait...!!!
nope..you guess..har har harr ^^,



Ucapan terima kasih diatas segalanya...
terima kasih gak kat rakan-rakan yang mengingati hari lahir ku pada tahun ini...
luv u all...

TV AL-HIJRAH @ ASTRO 114

Rindunya....aduhai, setelah ditinggalkan...
Kini aku dah balik!!!whoaaa..hehee..im back ! this is best bro....


Step out of it,aduhai...teringat nabil dalam maharajalawak. Walaubagaimana pun tahniah
diucapkan kepada juara rancangan
realiti Tv Maharajalawak iaitu Sepah.
Seperti kata Saiful apek: habis madu, sepah xhabis-habis...good luck untuk korang dimasa akan datang k.

Now the main point kat sini aku nak share something yang agak baru...
maybe sempena harijadi aku pada 1 JUN 2011 yang lepas atau maybe aku yang perasan lebih kot, hahaa...atau mungkin juga kebetulan...Kita boleh menikmati program yang berunsur keislaman di Astro. YES!!! yang berunsur KEISLAMAN. Dulu orang sibuk dok cakap bahawa rancangan2 kat Astro ni semata-mata hanya hiburan,rancangan yang amat-amat padat dengan ciri-ciri orang barat. Namun begitu,yeahhh...keperihatinan segelintir kumpulan datang dengan idea melancarkan satu slot di Channel 114 Astro.


TV AL-HIJRAH.


1 Jun 2011 –TV AlHijrah mula bersiaran di saluran 114 Astro hari ini, sekali gus melengkapkan statusnya sebagai stesen televisyen nasional yang siarannya boleh diterima di seluruh negara melalui platform satelit. Berita itu dimaklumkan melalui facebook rasmi TV al-Hijrah yang sudah disertai oleh lebih 16 ribu pengguna facebook. Menurut maklumat itu lagi, walaupun TV al-Hijrah sudah bersiaran di Astro, mereka masih lagi merupakan stesen tv percuma dan sentiasa berusaha untuk meluaskan transmisi.

Apa yang lebih menarik, siaran hujung minggu iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, akan bermula pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Selain peningkatan waktu siaran, sepanjang Jun ini, TV AlHijrah menawarkan pelbagai pakej program baru bagi melengkapkan lagi kempen Wajah-Wajah Islam sempena kehadiran saluran TV tersebut di Astro.

Untuk memastikan penonton dapat menikmati semua bentuk program televisyen melalui pendekatan Islam, TV AlHijrah menggunakan pendekatan pengisian menerusi kempen berkenaan.

Program paling menarik ialah Madrasah AlHijrah, berdurasi selama dua jam pada hujung minggu ini yang mana, ia akan membawa kelas pengajian ilmu ke versi televisyen.

Madrasah AlHijrah adalah usaha stesen ini untuk menjadikan budaya pengajian ilmu berasaskan kitab yang selama ini dikenali sebagai kelas pengajian di surau atau masjid, atau dianggap sebagai pengajian pondok dalam definisi tradisonal, dapat dinikmati di televisyen.

Empat ilmu utama Islam iaitu akhlak, akidah, syariah dan al-Quran melalui pengajian kitab yang dikendali ustaz-ustaz pilihan, akan membantu penonton mendalami ilmu agama melalui televisyen. Usaha ini bagi meningkatkan lagi penguasaan asas agama di kalangan umat Islam.

Bagi peminat program hiburan pula, Studio Muallaf & Friends (SMF) pastinya menjadi daya penarik.

Program hiburan bual bicara yang berkonsepkan drama studio ini akan menampilkan enam penghibur mualaf yang menjadikan aktiviti seni dan hiburan sebagai alat untuk berdakwah.

Dengan elemen Sejuta Wajah Satu Akidah, berdasarkan enam hos pelbagai keturunan, SMF berlatarbelakangkan Cina, India, Baba Nyonya, Kadazan dan Dusun ini, program berdurasi sejam ini akan melengkapkan Wajah-Wajah Islam yang menjadi tema utama Jun ini.

Tidak cukup dengan elemen pelbagai wajah itu, TV AlHijrah turut melangkau batas serantau dengan menyiarkan drama Kitab Cinta yang menyatukan pelakon Malaysia dan Indonesia dengan latar penceritaan serantau.

Drama 13 episod ini berlatarbelakangkan kehidupan pasca tragedi tsunami di Aceh, Indonesia.

Keseluruhannya, TV AlHijrah memberikan satu pilihan kepada penonton yang mencari program-program yang dapat membina akal setelah sekian banyak program hiburan dalam dan luar negara.

Pengaruh televisyen sebagai pengatur menu sosial masyarakat di dunia termasuk negara ini tidak boleh dinafikan lagi. Dalam konteks tempatan, stesen TV AlHijrah menjadi pemain baru dengan menawarkan sajian-sajian yang boleh mempertajamkan kesejahteraan akal tanpa menolak tuntutan komersialisme.


Wednesday, May 11, 2011

MTV - "KITA" [HD] by CST PRODUCTION

Lagu ini dirakamkan oleh

Ikon-Ikon Kem Bintang-Bintang 2011

(Fitri Hakim, Adley, Juan, Ray Shadi, Sridewi, Emily,

Fatin Shazley, Farazathul dan Zareen Zarina).

Video klip ini merupakan lagu tema terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM)

sempena sambutan Hari RTM Ke-65 pada 1 April 2011...

Lagu ini khas ditujukan kepada semua pejuang dan kakitangan RTM di seluruh negara.

Ia dicipta oleh Saudara Nevez (Pretty Ugly) dan liriknya oleh Tn Hj Chuari Selamat

(Pengurus Stesen Klasik Nasional) dan diterbitkan oleh Unit Khas, Bahagian Perhubungan Raya,

RTM dengan kerjasama CST Production.

Idea & konsep : Ayie Shahri, Hanif Ahmad & Khairil Razi..

Directed by : Syahir Ismail
Shooters : Zabidi Ali, Al Fahim Mokhtar, Kia Ruslan
Edited by: Al Fahim Mokhtar
Lighting : Khairul Azhar