Tuesday, June 28, 2011

Majlis Silaturrahim Kursus KOMANDO Siri AK/1/2011

24 Jun 2011 , Jumaat - Best giler xde klas hari ni. So, dapat rehat secukupnya. Aduhh..tapi petang nya plak kena kerja. Seperti biasalah, pada kebiasaanya bila xda klas or ada mase free jer mesti aku balik rumah. Sempat sebelum nak masuk kerja. hee..Selalunya masuk kerja pukul 7, tapi hari ni kena masuk awal, pkul 5 ptg. Fuhh..nasib baik sempat kott. Sampai2 jer akem bgtau yang ktorg kena g ikot katering kat luar. Ade tempahan luar dari Sungai Udang, Melaka, kata akem. Mula berfikir kat kepala "Sungai Udang"?? hurmm..kat mane plak?Function ape? Kalu kat sane ade kem tentera tu jer lah. Ishh..xkan la kena masuk kat dalam kem plak?aduhh...dengan hati yang terbuka aku redha jer. Bunyi macam best.Hehee..^^, Dapat jumpa abg2 gimau tuh,muahahaa...

Before ktorg bertolak menuju ke destinasi iaitu kem Gerak Khas Sungai Udang,Melaka, ktorg kena pindahkan smua barang2 untuk katering, makanan yang telah dimasak serta peralatan yang diperlukan ke dalam lori. Bukan lori yang bawa kayu ke ape tu tau =p
then barulah ktorg bertolak. Sampai jer kat sana,kelihatan abg2 askar tu sibuk prepare tempat n setting PA system. Bahagian ktorg plak hidangkan makanan n minuman ke atas meja yang disediakan. Kira2 ada 10 buah meja. Satu meja khas untuk para pegawai tertinggi di kem tersebut. Aku dan akem ditugaskan untuk membantu kak ina menghidang dan menghias makanan pada malam tu. Dengan tunjuk ajar kak ina, kerja tu dengan mudah kami lakukan.Cehh..bangga kott..^^,

kak ina

haa..ni lah hasil kerja tangan aku...^^,

Hidang punye hidang semua makanan tuh semua, tgok jam dah pkul 9...ishh..bila nak start bagi diorg makan nih?adoiyaii...lambat hidang,lambat la balik.Hurmm...Then, after 15 minit lepas uh baru la leh hidangkan. Banyak jgak makan yang diorg smua nih makan. Memang mewah giler lah kot.
makanan yang dihidangkan menggunakan 'dome'

Lepas jer ktorg hidangkan kat meja, abg2 askar n pegawai2 diorg makan dengan tertibnya sambil menonton slide yang disediakan mengenai aktiviti diorang semasa kursus KOMANDO tersebut. Baru lah ktorg leh rehat2 sekejap. Fuhh...

Grup Gerak Khas adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.

Rejimen Gerak Khas

Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.


LATIHAN

Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.

Habis jer majlis,ktorg kemas2 smua sampah dan sisa makanan yang lebih. Seperti yang dijangka ktorg balik lewat, kira2 pkul 1 lebih barulah sampai ke Restoran Klasik Trapung dan kemudian kami pulang ke hostel.Letih, namun satu pengalaman yang amat best ^^,

No comments:

Post a Comment