Friday, June 24, 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Awak - muhdkhairul

“Time might be a excellent healer, but it really is a lousy beautician.”

It takes a long time to grow young.

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

wait a minute . . .

sebetol nye tadi kita bercerita mengenai hari lahir kan? kan kan...???adehh...OK.
BACK TO THE TOPIC ... hehee...
So, pada 1 JUN 2011 yang lepas genap lah sudah usiaku yang berusia 21 tahun. Tidak sangka masa yang berjalan begitu pantas meninggalkan aku dalam kelekaan. But, tidak lah 100% didalam kelekaan,ade part yang sememangnya aku akui bahawasanya diri ini amatlah leka.

Berharap sangat dapat ubah part tu kan.
Ape lah aku ni, kita mane boleh ubah apa yang telah ditakdirkan oleh Nya. Kita hanya boleh berusaha kearah yang kita inginkan. Selebihnya kita tawakkal jer.

Apa yang terjadi,pasti nya akan tetap terjadi :
"kun fa ya kun" jadilah,maka jadilah ia...

************


ini adalah jam tangan ^^,
lol...budak-budak pun tahu bahawa ini adalah jam tangan.
Hehehee...
Dia beri jam tangan ini. Whoaa..!
Dia semestinya seorang yang istimewa kerana menghadiakan aku
sesuatu yang istimewa seperti ini...i guess, wait-wait...!!!
nope..you guess..har har harr ^^,



Ucapan terima kasih diatas segalanya...
terima kasih gak kat rakan-rakan yang mengingati hari lahir ku pada tahun ini...
luv u all...

No comments:

Post a Comment