Saturday, June 25, 2011

Kak Long sudah menjadi Isteri kepada Suaminya

4 Jun 2011 - Durian Tunggal, Melaka. Majlis perkahwinan anak perempuan En.Mahmud Bin Jamis berlangsung dengan jayanya setelah ahli keluarga kedua belah pihak sibuk menyediakan segalanya yang diperlukan sejak awal bulan pada tahun 2011 ini. Untunglah emak hebat dalam bidang persiapan selain daripada dibantu oleh kami adik beradik serta sanak saudara. Segalanya dilakukan dengan teratur dan sistematik. Majlis sebesar ini pertama kalinya berlangsung memandangkan Kak Long ku yang pertama sudah menamatkan zaman bujangnya.



Kak Long seorang yang bersifat tenang, tidak banyak sifatnya itu tidak disenangi oleh kami kerana dia merupakan kakak sulong kepada kami lima beradik. Teringat sewaktu zaman dibangku sekolah rendah aku amatlah kasar. I mean kasar dalam diam. Ada sahaja benda mahu dibuat. Langsung tak lekat kat dalam rumah. Aku suka sangat bermain api time-time tu. Macam-macam lagi lah. Tapi apa yang hendak aku ceritakan kat sini, Kak Long ada masa-masa nya amatlah "bengkeng". Haa...dan masa Kak Long sedang bengkeng uh jangan la nak test. Bahaya kot. ^^,


Tapi sebengkeng-bengkeng kaum hawa ni kan, sebenarnye tidaklah serius sangat. Kak Long aku suka menangis depan TV. Haa...jangan pelik plak. Tak kira la, kadang-kadang aku perasan Kak Long menangis menonton drama melayu, filem hindustan janji cerita uh sedih. Huhuuu...kita orang adik beradik suka usik-usik Kak Long masa die tengah feeling-feeling uh. ^^,


Paling seronok bila dengan Kak Long masa bila?
haa..paling seronoknye adalah, time duduk-duduk masa hujung minggu lepas balik dari kelas tuisyen dapat bermanja dengan Kak Long. Hee..bermanja kott aku dengan Kak Long aku. Yang best nye sebab dapat main-main dengan rambut Kak Long yang agak pnjang uh. Tambah-tambah bila ada sekali adik perempuan aku tuh. Dulu aku sangat suka ketawa. Kadang-kadang benda tuh tidak lah selawak mane pun but aku boleh gelak seharian. Haha...
imissthatmoment...hurmm..


Now semua dah meningkat dewasa. Bila dah besar-besar ni,masing-masing dah buat haluan sendiri jer. Mana boleh nak manja-manja macam zaman dulu. Tapi aku still nak manja-manja. Boleh???huu..sedihnya...hurmm, tak ape...Kak Long boleh bermanja-manja pulak dengan suami dia. Kesian kat aku. Kan kan...


Selamat Mendirikan Rumah Tangga buat Kak Long. Layarilah bahtera rumahtangga Kak Long bersama suami dengan bahagia sehingga ke akhir hayat Kak Long. Inshaallah...

2 comments:

  1. hahaa...inshaallah, akan smpai masa nya...
    dan bila smpai masanya tu akan diheboh2kan ^^,

    ReplyDelete