Tuesday, May 10, 2011

Ucapan Selamat Hari Ibu Buat BondaKu


Kehadapan bonda yang amat aku sayangi, Pn.Khatijah Binti Polek...

anakanda mu ingin mengucapkan selamat menyambut hari ibu kepada mu,

tanpa didikan serta perhatian daripada bonda semasa anakandamu masih kecil, siapalah anakanda pada hari ini...

Anakandamu berasa bertuah dilahirkan kedunia oleh bonda, berada

dalam dakapanmu ketika kecil sehingga kini adalah cukup indah, senyuman yang engkau

lemparkan memberikanku semangat untuk terus tabah menghadapi saat-saat getir...begitu

banyak dugaan dan cabaran yang anakandamu tempuhi...anakandamu akan

kuat menempuhi dugaan itu untuk kebahagiaan dimasa hadapan...

Anakandamu mengerti bahawa bonda telah melakukan

yang terbaik buat kami sekeluarga, tanpa mengenal erti penat engkau bangun diawal pagi menyediakan santapan buat anakmu ke sekolah....kenangan bonda bekerja dikantin sekolah rendah tempat anakanda menimba ilmu dahulu tidak akan luput dari ingatan anakandamu..

mungkin dengan cara itu bonda boleh memerhatikan

kami kalau-kalau musibah menimpa kami...

Cukup besar pengorbanan yang telah egkau lakukan..namum percayalah bonda bahawa

setiap nasihat serta didikan yang engkau berikan akan anakanda turuti semampunya kerana

anakanda telah melihat kepayahan bonda serta ayahanda (En.Mahmud Bin Jamis)

membesarkan kami :

Siti NorBai’yah Binti Mahmud
Mohammad Zaki Bin Mahmud
Surimah Binti Mahmud
Muhammad Khairul Nizam Bin Mahmud
Nor Shakila Binti Mahmud

♥ ♥ ♥ SELAMAT HARI IBU ♥ ♥ ♥

p/s: izam sayang emak


Kaulah ibuku

Cinta kasihku terima kasihku takkan pernah terhenti

Kau bagai matahari yang selalu bersinar sinari hidupku dengan kehangatanmu bagaikan Embun kau sejukkan hati ini dengan kasih sayangmu betapa kau sangat berarti dan Bagiku kau takkan pernah terganti repeat reff kaulah ibuku cinta kasihku Pengorbananmu sungguh sangat berarti

repeat reff [2x] sinari hidupku dengan kehangatanmu


No comments:

Post a Comment